top of page

SEJARAH PENUBUHAN

             Sebelum Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia di Sarawak , ladang nanas telah diurus oleh IADA Samarahan dan Kalakar Saribas serta Jabatan Pertanian. Pada 1 Mac 2010, LPNM mula beroperasi di Sarawak. Lokasi penempatan pertama LPNM di Sarawak ialah di IADA Samarahan. Pada ketika itu, bilangan staf permulaan ialah 9 orang. Kawasan operasi LPNM di Sarawak ketika itu hanyalah sekitar Kuching dan Samarahan.

             Sasaran LPNM Sarawak ialah meluaskan kawasan sebanyak 2,000 ekar dalam masa lima tahun. Namun terdapat halangan terhadap masyarakat mengenai syarat pemohonan bantuan penanaman nanas yang ditetapkan oleh LPNM. Syarat awal yang ditetapkan ialah perlu mempunyai geran tanah dan ini telah menyukarkan pekebun memohon bantuan tanaman nanas kerana kebanyakannya pekebun tidak mempunyai tanah. Oleh kerana itu, LPNM telah menukar syarat pemohonan iaitu membenarkan pengunaan tanah NCR dan perlu mempunyai surat pelepasan tanggungan.

              Pada tahun 1 Februari 2011, LPNM  telah membuka cawangan di Saratok betempat di IADA Kalakar Saribas dan mempunyai staf seramai 3 orang. Kawasan jagaan ialah dari Sri Aman hingga Mukah .Pada tahun yang sama, LPNM telah membuka cawangan di Kuching dan telah dijadikan sebagai ibu pejabat LPNM di Sarawak serta mempunyai staf seramai tiga orang.

              Pada tahun Jun 2016, cawangan LPNM di Saratok ditutup kerana LPNM telah membuka cawangan yang baru di Sibu dan memiliki staf seramai 4 orang. Perubahan kawasan jagaan di cawangan Samarahan iaitu kawasan Kuching hingga Betong. Manakala, cawangan Sibu kawasan jagaannya ialah Sarikei hingga Limbang sehingga kini. 

Tarikh kemaskini 
Hak Cipta Terpelihara 2017 @ Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Sarawak
bottom of page