
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
NEGERI SARAWAK
INFO NANAS
PENGENALAN NANAS
NAMA : NANAS
NAMA SAINTIFIK : ANANAS COMOSUS
KELUARGA : BROMELEACEAE (Bungaan)
JENIS TANAMAN : MONOKOTILEDON
PEMBIAKAN : TAMPANG
ASAL : TROPIKA AMER. SELATAN
(Brazil, Paraguay, Argentina)
SEJARAH RINGKAS NANAS
-
1493 – Nanas dijumpai oleh Christopher F. Colombus dan dibawa belayar;
-
Pada kurun ke-16 – nanas mula ditanam di Tanah Melayu bermula di Singapura;
-
Nanas ditanam sebagai tanaman kontan bersama tanaman kelapa, pinang, getah dan buah-buahan;
-
1888 – Nanas mula diusahakan dan diproses cara kecil-kecilan di Singapura oleh orang Eropah;
-
1895 – Kaum Cina di Singapura mula mengusahakan nanas kaleng secara komersial sehingga tahun 1921;
-
1925 - Terdapat 6,500 hektar di Selatan Johor, 810 hektar diSingapura dan 1,600 hektar di Selangor;
-
1931 – Industri getah mengalami kemelesetan dan nanas mula ditanam sebagai tanaman tunggal/utama;
-
1932 – Nenas mula ditanam meluas di Negeri Johor;
-
1934 - Ordinan Perusahaan Nenas ditubuh oleh kerajaan negeri Johor. (1939 – terdapat 17,500 hek.);
-
Perang Dunia Kedua menghentikan operasi perusahaan nenas di T.Melayu (1941);
-
1947 – Jawatankuasa Nenas Johor ditubuh oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura untuk hidupkan semula perusahaan nenas disusuli penubuhan Ordinan Industri Nenas (1951) dan Peraturan-Peraturan Perusahaan Nenas (1952).
-
1955 – Pineapple Joint Industry Council (PJIC) di tubuhkan – diberi kuasa mengawal industri nanas;
-
1957 – Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu (MPIB) ditubuhkan dibawah Ordinan Perusahaan Nenas untuk mengawal & memajukan industri nanas (T.Melayu & Singapura).
-
1959 - Kilang milik kerajaan ‘Pineapple Cannery of Malaysia’ (PCM) ditubuh diPekan Nenas, Johor untuk memproses buah nanas pekebun kecil.
-
1966 - ‘Pineapple Industry Marketing Cooperation’ (PIMC) ditubuh untuk urus pasaran nenas;
-
1971 - Sekim Tanaman Semula dilancar bantu pekebun kecil tanam semula nanas (Baka Masmerah);
-
1975 - ‘Ministrial Working Committee for Pineapple’ ditubuh bawah KPU bincang permasalahan nanas;
-
1992 – LPNTM ditukar kepada LPNM.
-
29 Mei 1996, Jemaah Menteri membuat keputusan membubarkan LPNM dan fungsinya dipindah kepada Jab. Pertanian dan FAMA tertakluk kepada pembubaran Akta Perindustrian Nanas 1957 (Semakan 1990);
-
14 Jun 2000, Jemaah Menteri bersetuju mengkaji semula keputusan pembubaran;
-
15 Sept. 2004, Jemaah Menteri memutuskan LPNM dihidup semula sebagai peneraju pembangunan industri nanas negara dibawah KPIAT.
FISIOLOGI TUMBUHAN
-
Herba.
-
Tumbuhan Crassulacean Asid Metabolisma (CAM Photosynthesis).
-
Siang hari stomata tertutup. Serap karbon dioksida (CO2 pada waktu malam dan simpan dalam bentuk asid organik. Fotosintesis berlaku pada siang hari guna tenaga matahari sewaktu stomata tertutup.
-
% perpeluhan sangat rendah.
-
Mampu menyimpin air dalam dedaunnya yang membolehkan ia tahan kemarau.
-
Boleh tumbuh sehingga 1.5 meter tinggi.
-
Daun panjang, tirus dan tersusun dalam bentuk ‘rosette’.
-
Buahnya jenis komposit yang terbentuk dari 100-200 bebuah yang bercantum pada hempulurnya.
KHASIAT NANAS
-
Nanas yang dimakan segar boleh membantu melancarkan sistem penghadaman kerana kandungan seratnya yang tinggi.
-
Enzim bromelain yang terdapat dalam buah nanas boleh mencegah penyakit kanser dan bahan awet muda. Ianya juga digunakan semasa pembedahan dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah.
-
Buah Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah.
-
Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus.
-
Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat.
-
Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia.
KANDUNGAN NILAI MAKANAN
Komponen Setiap 100 gm yang dimakan
Tenaga 47.0 kalori
Kelembapan 87.8 gm
Protein 0.5 gm
Lemak 0.1 gm
Karbohidrat 10.6 gm
Serat 0.6 gm
Abu ( Ash ) 0.4 gm
Kalsium 24.0 mg
Fosforus 6.0 mg
Zat Besi 1.4 mg
Natrium 31.0 mg
Kalium 97 mg
Beta karotena 270.0 mg
Vitamin B1 0.7 mg
Vitamin B2 0.8 mg
Niasin 0.1 mg
Vitamin C 15.2 mg