top of page
AWAM
AKTIVITI LPNM
PAMERAN
SEMINAR
MESYUARAT
SUKAN
AKTIVITI KELAB NANAS

AKTIVITI LPNM

Projek Program Tanaman Semula (PTS)
SYARAT PERMOHONAN:
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Hak milik tanah yang sah.
  • Ada status pemilik/ tol / tanah NCR / ada surat kebenaran dari Penghulu / Ketua Kampung / Jabatan Tanah Dan Survei.
  • Tanah jenis gambut / mineral dan tanah tersebut sesuai untuk pertumbuhan pokok nanas.
  • 3.
  3. Melengkapkan borang permohonan. 
  4. Menyediakan dokumen - dokumen yang diperlukan seperti berikut:
  • salinan Kad Pengenalan Pemohonan.
  • Salinan geran/ surat tol/ tanah NCR/ ada surat kebenaran dari Penghulu / Ketua Kampung / Jabatan Tanah dan Survei.
  • Surat Akuan Sumpah Berkanun.
  • Surat Pelepasan Tanggungan.
  • Surat Wakil Kuasa ( jika tanah dipajak / disewa ).
  • Surat Wakil Kuasa Mati ( pemilik asal telah meninggal dunia ).
  • Surat Wakil Kuasa Kongsi ( tanah dimiliki oleh dua orang atau lebih ).
  • Borang IV (borang pendaftaran peraturan 10 (1) sebagai pekebun nanas berdaftar).
*NCR - Native Customary Rights
KRITERIA KELULUSAN BANTUAN:
  1. Kelulusan maksimum 15 ekar bagi individu.
  2. Kelulusan melebihi 15 ekar dan tidak melebihi 100 ekar secara berkelompok.
  3. Tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa kelulusan permohonan PTB/PTS peringkat negeri.
NILAI BANTUAN:
  1. Bantuan Projek Tanaman Nanas yang disediakan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia yang dibenarkan kepada Pengusaha / Permohonan ialah untuk PTS: RM 2000.00 seekar.
  2. Bantuan tersebut akan diberiakan dalam tempoh 2 tahun daripada tarikh kelulusan.
  3. Berikut adalah butiran bantuan yang diberikan:
  • Bahan input: = RM 2000
      - Racun Rumpai ( Pracambah ).
      - Baja 15:15:15.
      - Baja 12:12:17+TE2
      - Hormon Penggalak Buah.
** Kegagalan melengkapkan borang permohonan dan mengemukakan dokumen serta salinan dokumen ( telah disahkan ) yang diperlukan akan menyebabkan permohonan pihak tuan tidak diproses dan ditolak.
Tarikh kemaskini 
Hak Cipta Terpelihara 2017 @ Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Sarawak
bottom of page