Karnival NBOS 2016
- lembaga nanas samarahan
- Mar 6, 2017
- 2 min read
Karnival MBOS 2016

Pada 25 hingga 27 november 2016, telah diadakan Majlis Perasmian Hari Terbuka NBOS Karnival My Best & MKMF 2016 oleh Dato' Anthony Nogeh Gumbek iaitu Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia. Majlis ini telah diadakan di Bau Sarawak. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan maklumat yang lebih meluas serta berkongsi informasi mengenai pelbagai insentif dibawah NBOS yang dilaksanankn oleh kerjaan.

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sarawak juga telah sama-sama terlibat dalam karnival tersebut. Wakil seramai 2 orang staff LPNM samarahan iaitu Encik Hanafrey dan Encik Shamsul serta dua orang pelajar latihan industri daripada UPM Kampus Bintulu Sarawak yang telah mengikuti anjuran karnival tersebut.Selama 3 hari LPNM sarawak bertapak disana bagi menjayakan karnival tersebut. Pelbagai informasi dan maklumat yang telah disampaikan kepada pengunjung yang datang. Selain membuat pameran produk yang di hasilkan daripada buah nanas, seperti kordial, jem , nanas yang ditinkan, minuman jus nanas, kerepek nanas dan baja kompos yang dihasilkan daripada kulit nanas, LPNM juga turut mengadakan jualan produk nanas iaitu kerepek nanas dan buah nanas yang segar menjadi tarikan kepada orang ramai bagi mengunjungi booth LPNM. Staff LPNM bayak menerangkan maklumat, syarat permohonan dan lain-lain bagi pengunjung yang mempunyai tanaman nanas dan tanah , berminat dengan tanaman nanas.Dengan adanya karnival seperti ini, LPNM juga dapat memberi manfaat kepada pelajar yang menjalani latihan industri , mereka dapat mempelajari banyak perkara. Mereka dapat merasai peluang menjadi seorang usahawan melalui jualan yang diakan di booth LPNM. Seterusnya, mereka dapat merasai pengalaman sebagai agen pengembangan pertanian kerana melaui karnival ini, mereka dapat menerangkan dan menyampaikan maklumat mengenai tananaman nanas dan sebagainya kepada pengunjung yang datang. Di samping itu juga, dengan adanya karnival ini, pelajar dapat belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan baik apabila berhadapan dengan pengunjung dan cara untuk menarik perhatian pengunjung ke booth LPNM.