top of page

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
NEGERI SARAWAK
MANUAL TANAMAN NANAS
MANUAL LAIN
MANUAL TANAMAN NANAS
PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN
-
Pokok nenas boleh ditanam daripada bahagian tampangnya seperti jambul, sulur tangkai, sulur udara atau sulur tanah.
Pemilihan Benih
Pilih benih dari pokok induk yang mempunyai ciri-ciri berikut:-
-
pokok sihat dan subur
-
berbuah besar
-
bertangkai pendek dan tegap
-
berjambul tunggal
-
Pemilihan akan meningkatkan hasil 10-15%
Pengambilan Benih
Kutip benih setelah mencapai saiz 30-60 cm (1'-2') panjang iaitu lingkungan dari tarikh memetik.
Pengkelasan Benih
Asingkan benih mengikut saiz berikut:
Kecil
30cm(1')
Sedang
Besar
45cm(1.5')
60cm(2')
Penyimpanan Benih
Apabila perlu disimpan sebelum ditanam, langkah penyimpanan perlu dituruti bagi mengelakkan kerosakan dan musnah.
-
.Benih disusun selapis dengan kedudukan bahagian pangkal diterbalikkan ke atas.
-
Disimpan di tempat yang bernaung.
-
Pastikan penyimpanan tidak melebihi 1 bulan.
Rawatan Benih
Jika diperlukan pembasmian serangga atau kulat, benih dicelupkan ke dalam larutan racun serangga atau kulat.
Racun serangga : 24ml Malathion + 18l(4gelen) air
Racun kulat : Bancuhan Benlate 75C
bottom of page